Hormat Pemain Muslim, FIFA Buang Logo Minuman Alkohol pada Trofi Khas Piala Dunia 2026
FIFA buat perubahan penting dalam anugerah Player of the Match (POTM) di Piala Dunia 2026 dengan sediakan trofi dan latar belakang tanpa logo penaja minuman beralkohol. Polisi ini sebagai bentuk penghormatan terhadap kepercayaan para pemain, khususnya pemain Muslim yang ada prinsip agama tentang alkohol.
Selain pemain Muslim, peraturan ini juga terpakai untuk pemain bawah 21 tahun dan atlet yang tolak kaitan dengan penaja tertentu, macam Kylian Mbappé yang sebelum ini elak promosi produk minuman keras. Pemain seperti Johan Manzambi dan Michael Olise pun terima format bebas logo alkohol.
Mohamed Salah jadi tumpuan lepas terima anugerah dengan latar bersih tanpa logo bir. Pemain lain macam Ramin Rezaeian, Emam Ashour, Ali Olwan, dan Ismael Saibari juga dapat layanan serupa. Pemain tanpa batasan penaja masih guna format standard.
Langkah ini dinilai sebagai simbol bahawa dunia sukan boleh hargai kepelbagaian budaya, agama, dan prinsip peribadi pemain di tengah komersialisasi bola sepak global.
https://mozaik.inilah.com/news