Fakta Jarang Diketahui Mengenai Kiswah Kaabah
Kiswah, kain hitam berkaligrafi emas penutup Kaabah, bukan sekadar penutup bangunan suci, tetapi karya agung seni dan sejarah Islam. Diperbuat daripada kira-kira 670 kg sutera asli dan dihiasi 120 kg benang emas 24 karat serta benang perak, pembuatannya melibatkan lebih 240 tenaga pakar di Kompleks Raja Abdulaziz, Mekah, dengan kos pengeluaran mencecah lebih 25 juta riyal Saudi atau sekitar RM100 juta.
Sejarah mencatat, warna Kiswah tidak selalunya hitam; pernah putih, hijau, kuning, sampai merah sebelum hitam jadi ciri khas sejak Dinasti Abbasiyah. Salah satu bahagian istimewa ialah tali pinggang kaligrafi (hizam) sepanjang 47 meter dengan lebar 95 cm, serta tirai pintu Kaabah (sitarah) yang ada hiasan paling mewah.
Kiswah ditukar setiap tahun menjelang Hari Arafah melalui prosesi khusus. Kiswah lama bukan dibuang, tapi dipulihara; bahagian bernilai tinggi disimpan atau diedarkan kepada muzium dan lembaga rasmi di pelbagai negara, menjadikannya lambang perpaduan dan warisan spiritual umat Islam.
https://mozaik.inilah.com/ibra