Bagaimana kita tahu Al-Quran kekal terpelihara selepas ia dikumpulkan?
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya nak tanya soalan-soalan ni dengan sopan sebab ini soalan kawan saya bukan untuk berdebat, dan saya cuma nak faham jawapannya. Kawan saya cakap Al-Quran dikumpulkan dalam satu mushaf zaman Uthman r.a., dan hadis-hadis ditulis lama kemudian pada zaman Abbasiyah. Dia tanya: macam mana kita boleh pastikan Al-Quran kekal terpelihara dengan tepat? Dan dia juga tanya: wahyu turun kepada Nabi ﷺ secara berperingkat, jadi siapa yang susun ayat-ayat dan surah-surah dalam turutan yang kita lihat hari ni? Adakah susunan ni berlaku semasa hayat Nabi atau kemudian?