Kenapa kau?
Kau tertanya-tanya, "Kenapa aku?" Kau! Kerana Allah nak hapuskan dosa kau dengan setiap air mata yang mengalir di pipi kau. Kerana Dia nak penuhkan rekod kau dengan amal baik setiap kali kau angkat tangan berdoa. Kerana Dia nak tinggikan kedudukan kau di syurga melalui setiap detik sabar yang kau bergelut nak pertahankan, walaupun hati kau pedih. Kerana Dia nak uji kau dengan sedikit kesedihan untuk beri kau kegembiraan yang tak terhingga. Kerana Allah sayangkan kau.