Sekilas Al-Hoor Al-‘Ayn
Demi Allah, andai bidadari itu tersenyum sahaja, Cahayanya mengalahkan sinar mentari pagi. Alangkah gembira mata apabila dia mendekat, Dan nikmat telinga mendengar suaranya. Sifat malu, laksana dahan lembut berayun, Dan kesederhanaan dalam senyumannya. Jika hatimu diserang cinta padanya, Tiada ubatnya melainkan ikatan perkahwinan. Terutama saat mesra bila dia memelukmu, Pergelangan tangannya lembut di lehermu. Apabila terdedah wajahnya yang jelita, Penglihatan sahaja membahagiakan sebelum bersatu. Mata menemui kenikmatan murni melihatnya, Dan ada buah-buahan pelbagai, tak pernah luput musimnya.