Seorang Bayi 3 Bulan di Sidoarjo Harus Tinggal di Penjara Demi Mendampingi Ibunya
Seorang bayi berusia tiga bulan terpaksa tinggal di Rumah Tahanan Perempuan Kelas IIA Surabaya di Porong, Sidoarjo, bersama ibunya, VP (19), yang dijatuhkan hukuman lima tahun penjara dalam kes narkotik. Bayi tu masih memerlukan susu badan so diizinkan menemani ibunya.
VP diserahkan ke rumah tahanan oleh Kejaksaan Negeri Sidoarjo pada Selasa (14/7) dan terus menjalani prosedur penerimaan, termasuk pemeriksaan pentadbiran, badan, dan barang bawaan. Dia kemudian ditempatkan di bilik khas untuk ibu mengandung dan ibu dengan anak bawaan bagi memudahkan pemantauan kesihatan.
Plt. Ketua Rumah Tahanan Perempuan Surabaya, Widyawati, terangkan yang anak bawaan diizinkan tinggal sampai usia tiga tahun, atau boleh diambil keluarga lebih awal kalau setuju. Pihak rumah tahanan pastikan hak asas anak, terutamanya kesihatan, tetap dipenuhi sepanjang tempoh tinggal.
Widyawati menegaskan bahawa perkhidmatan pemasyarakatan bukan hanya utamakan keselamatan, tapi juga pemenuhan hak golongan rentan secara manusiawi sejak hari pertama tahanan masuk.
https://kabarbaik.co/bayi-3-bu